SEUNTAI KATA SEULAS BICARA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji-pujian dipersembahkan kepada Allah SWT, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Baginda seluruhnya. Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah, terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana diberi peluang, ruang dan kesempatan untuk saya menukilankan sepatah dua kata di laman TMESA ini.

Melalui usaha keras ahli-ahli TMESA, Program SAS berjaya ditubuhkan dan dilancarkan oleh Tan Sri Dato’ Seri Hj Idris Bin Jusoh pada 4hb Mac 2005, di Dewan Jubli Emas, SMK Tengku Mahmood yang bermatlamat memberi bantuan dan menolong pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Pembiaya-biaya juga terdiri daripada ahli-ahli TMESA dan individu-individu yang berhasrat untuk membantu dan menolong pelajarpelajar yang kurang bernasib baik. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri dari pelajar-pelajar dari SMK daerah Besut, Hulu Terengganu dan Daerah Setiu.

Pencetus idea ini diambil dari kisah 2 beradik yang sungguh mengharukan perasaan. Dalam keadaan serba kekurangan dan keterbatasan dihimpit kemiskinan, mereka reda dan tabah melaluinya kerana impikan masa depan yang lebih cerah. Kisah mereka inilah yang menjadi pembakar semangat untuk TMESA terus berjuang membela nasib anak bangsa yang ketinggalan kerana faktor kemiskinan

Melalui usaha keras ahli-ahli TMESA, Program SAS berjaya ditubuhkan dan dilancarkan oleh Tan Sri Dato’ Seri Hj Idris Bin Jusoh pada 4hb Mac 2005, di Dewan Jubli Emas, SMK Tengku Mahmood yang bermatlamat memberi bantuan dan menolong pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Pembiaya-biaya juga terdiri daripada ahli-ahli TMESA dan individu-individu yang berhasrat untuk membantu dan menolong pelajarpelajar yang kurang bernasib baik. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri dari pelajar-pelajar dari SMK daerah Besut, Hulu Terengganu dan Daerah Setiu.

Pencetus idea ini diambil dari kisah 2 beradik yang sungguh mengharukan perasaan. Dalam keadaan serba kekurangan dan keterbatasan dihimpit kemiskinan, mereka reda dan tabah melaluinya kerana impikan masa depan yang lebih cerah. Kisah mereka inilah yang menjadi pembakar semangat untuk TMESA terus berjuang membela nasib anak bangsa yang ketinggalan kerana faktor kemiskinan

Program SAS telah dilaksanakan dengan cara membiaya pelajar-pelajar untuk tempoh dua tahun berjumlah RM 1,200.00 bagi setiap pelajar. Pembiayaan ini diagihkan secara tunai 40%-60% dari jumlah pembiayaan dan bakinya dalam bentuk barang-barang keperluan pelajar berupa pakaian seragam, pakaian sukan, kasut, beg sekolah dan sebagainya.

Dalam tahun pertama pembiayaan, pelajar tersebut dibawa melawat ke Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya semasa cuti sekolah akhir tahun. Pada tahun kedua pembiayaan, pelajar-pelajar tersebut menyertai Program Summer Camp di Besut, Terengganu selama 3 hari 2 malam juga diadakan untuk mengeratkan silaturahim diantara penaja dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Program SAS juga diibaratkan menemukan tangan yang memberi dan tangan yang menerima. Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua ahli-ahli TMESA, penaja-penaja dan semua pelajar-pelajar dari Program SAS yang telah menjayakan program ini. Jadikanlah kejayaan pada hari ini sebagai tapak untuk terus mengorak langkah dengan lebih jauh dan kukuh pada hari esok.

Insyallah.

Sekian, terima kasih

PUAN CHE SHAMSIAH HJ MOHD AMIN
MANTAN PRESIDEN/ PENGASAS PROGRAM SAS

SEJARAH TMESA

Pertubuhan ini bukan satu badan politik dan tidak memihak kepada mana-mana badan politik. Matlamat Pertubuhan ia-lah :-

(1) Memberi bantuan, khidmat nasihat dan kemudahan-kemudahan serta pertolongan yang wajar dari masa ke semasa kepada para pelajar miskin yang memerlukan bantuan kewangan dan keperluan asas untuk meringankan beban kemiskinan mereka dalam pembelajaran dan mereka yang ditimpa bencana alam.

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Rendah & Menengah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu atau Tengku Mahmud Ex-Student Association (TMESA) telah ditubuhkan pada tahun 2003. Tengku Mahmud School (TMS), Besut, Terengganu yang ditubuhkan pada Januari 1954 ialah sekolah Bahasa Inggeris yang mengambil pelajar lelaki dan perempuan.

TMS berjaya memberi peluang kepada ramai pelajar dari berbilang latar belakang untuk melanjutkan pelajaran didalam dan diluar negara. Ramai bekas pelajarnya berjaya didalam pelbagai bidang dan kerjaya dan ada diantaranya nama-nama yang tidak asing di Malaysia mahupun diluar negara.

(2) Menganjurkan seminar, kursus dan program-program untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan kedudukan ekonomi kepada pelajar atau mereka yang memerlukan. Semua pendapatan yang diperolehi melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan digunakan untuk mengurus dan melaksanakan tujuan-tujuan Pertubuhan

Objektif utama penubuhan TMESA ialah menjalin hubungan serta mengeratkan silaturrahim alumninya. Setelah 2 tahun penubuhannya, pada tahun 2005, TMESA mula mengarahkan aktivitinya kepada usaha kebajikan awam, selain meneruskan kegiatan biasa untuk ahli-ahlinya. Aktiviti amal dan kebajikan TMESA memberi tumpuan khusus kepada bidang pendidikan. Kami yakin bahawa pendidikan adalah asas kepada pembangunan insan. Ilmu yang diserap kepada insan menjadi harta yang sangat berharga. Pelajaranlah yang boleh membantu mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi seseorang ke tahap yang lebih baik.

Selain daripada sumbangan komputer, TMESA juga memberi sumbangan untuk baiki penghawa dingin dan lain-lain sumbangan ke SMKTM termasuk sumbangan untuk baikpulih dewan sekolah.

Dato Nasir Hamzah, Presiden TMESA bersama Penaung, PenasihatPenasihat dan Ahli Lembaga Pengarah, meneruskan usaha murni ini dengan beberapa program tambahan dan ada juga yang akan dikembangkan kepada pelajar-pelajar sekolah-sekolah rendah Tengku Mahmud dimasa hadapan.

TMESA PROGRAM AMAL ‘SPONSOR-A-STUDENT’ SAS™

Idea untuk berbakti kepada masyarakat dari golongan yang memerlukan ini tercetus dari suatu pengalaman yang menyayat hati. Diceritakan kepada kami oleh seorang guru tentang dua (2) beradik perempuan di Besut yang selalu bergilir-gilir hari ke sekolah. Jika si kakak hadir, si adik tidak akan hadir.

Hari demi hari kejadian ini berulang. Apabila diselidik terungkailah rahsianya, bahawa mereka hanya mempunyai sepasang uniform untuk dipakai secara bergilir –gilir untuk ke sekolah.

Kisah dua (2) beradik ini sungguh mengharukan perasaan. Dalam keadaan serba kekurangan dan keterbatasan dihimpit kemiskinan, mereka reda dan tabah melaluinya kerana impikan masa depan yang lebih cerah. Kisah mereka inilah yang menjadi pembakar semangat untuk TMESA terus berjuang membela nasib anak bangsa yang ketinggalan kerana faktor kemiskinan.

Hasilnya pada 4 Mac 2005 TMESA melancarkan program Sponsor a Student atau singkatannya Program SAS, khusus untuk membantu para pelajar dari kalangan keluarga yang daif. Pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dari segi akademik ini tidak harus dipinggirkan. Itulah pegangan kami dan itulah filosofi kami pada awal program.

Pelajar-pelajar ini walaupun tidak menyerlah pada awalnya tapi kami percaya dengan dorongan yang betul boleh menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat baik dan inilah yang kami dapati dengan mengikuti perkembangan pelajar-pelajar ini.

Semenjak itu, TMESA menerusi program SAS mengurus penajaan seramai 70 orang pelajar miskin tegar dari 3 daerah di Terengganu setiap tahun iaitu • Besut • Setiu dan • Hulu Terengganu Setiap pelajar ini ditaja selama 2 tahun dengan jumlah sumbangan sebanyak RM1500.00 seorang.

Pada tahun 2005 jumlah sumbangan ialah sebanyak RM1,000 seorang; jumlah ini dinaikkan ke RM1,200 dan seterusnya sebanyak RM1,500. Selain wang tunai, bantuan diberikan dalam bentuk uniform sekolah, yuran sekolah, belanja pengangkutan (basikal atas keperluan) buku tambahan dan sebagainya termasuk lawatan pembelajaran ke Kuala Lumpur dan Kem Persediaan Peperiksaan

Pada tahun pertama dalam masa cuti hujung tahun, pelajar-pelajar yang terpilih ini akan dibawa melawat sambil belajar ke beberapa mercu tanda Ibu Negara Kuala Lumpur, sebagai suatu usaha pendedahan kepada aktiviti-aktiviti ekonomi, pembelajaran, kerjaya dan pembangunan negara amnya. Mereka dibawa melawat KLIA, Petrosains KLCC, Pusat Sains Negara, Universiti, Putrajaya, syarikat-syarikat pembuatan dan percetakan, industri penerbangan, maktab polis dan tentera dan lainlain. Selain dari membuka minda dan mencetus semangat dari pendekatan diatas, lawatan yang diatur juga mendedahkan mereka kepada anak-anak Besut yang kini telah berjaya didalam pelbagai bidang.

Pendedahan dan pengalaman sebegini diharapkan dapat mendorong dan menyemarakkan semangat mereka untuk bersaing serta berusaha mencapai kecemerlangan.

Telah terbukti pengisian, pendedahan dan pengalaman lawatan sambil belajar membuahkan banyak manafaat kepada pelajar-pelajar selama 5 hari di Ibu Negara.

Perwatakan dan jati diri mereka mula melalui proses transformasi. Para pelajar ini yang pada asalnya pasif, takut-takut dan malu berkomunikasi berubah menjadi lebih berani dan terbuka. Keyakinan diri mereka juga meningkat.

Pendedahan dan pengalaman sebegini diharapkan dapat mendorong dan menyemarakkan semangat mereka untuk bersaing serta berusaha mencapai kecemerlangan.

Telah terbukti pengisian, pendedahan dan pengalaman lawatan sambil belajar membuahkan banyak manafaat kepada pelajar-pelajar selama 5 hari di Ibu Negara.

Perwatakan dan jati diri mereka mula melalui proses transformasi. Para pelajar ini yang pada asalnya pasif, takut-takut dan malu berkomunikasi berubah menjadi lebih berani dan terbuka. Keyakinan diri mereka juga meningkat.

Sehingga tahun 2023 kami telah melaksanakan tanggungjawab ini sebanyak 16 kali berturut-turut dengan kerjasama dari 22 buah sekolah. Setahu kami, tiada sekolah lain di Terengganu mahupun di Malaysia yang ada program saperti ini. Sejumlah 1087 pelajar telah mendapat tajaan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1,458,800,00 hasil dari penaja-penaja yang prihatin dan bermurah-hati.

Kami juga sangat terhutang budi dengan Pengetua sekolahsekolah yang menyertai program kami terutama sekali guru-guru yang sama-sama bekerja keras untuk memberi peluang kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Setiap tahun Ahli Jawatan Kuasa dan anggota TMESA akan pergi ke sekolah-sekolah terpilih untuk tahun itu dan akan menjalankan temuduga untuk memilih pelajar-pelajar yang betul-betul layak mengikut ketetapan Program ini.

TMESA merasa terharu dan gembira mendapati ada di antara pelajarpelajar yang ditaja telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi Pelajaran Tinggi seperti Universiti, Kolej Vokasional, maktab perguruan dan sebagainya dan memperolehi pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Program ini terhenti pada tahun 2020 kerana wabak Covid yang melanda negara kita. Program tidak dapat diteruskan kerana sekatan pergerakan yang dikenakan dan juga kerana kami bimbang tentang risiko yang mungkin dihadapi pelajar