SAS 16

Lawatan Sambil Belajar Program SAS16 2023-24 Mac 3-8, 2024 Kuala Lumpur
Laporan disediakan oleh Rosalind Ramly Naib Presiden I TMESA

Program SAS ke 16 ini diadakan bertujuan:
1. Untuk meringankan kesulitan para pelajar miskin dalam meneruskan pelajaran mereka.
2. Memberi peluang kepada murid yang mempunyai semangat yang tinggi atau menunjukkan potensi untuk berjaya didalam pelajaran.
3. Untuk menemukan tangan yang memberi dan tangan yang menerima iaitu mengeratkan hubungan antara penaja dan para murid.
4. Selain menerima bantuan, tunjuk ajar dan bimbingan, diharapkan para murid yang sering rasa tersisih dengan kesempitan hidup akan terasa diri mereka masih mendapat perhatian dan pembelaan.
5. Murid- murid di bawah program ini akan dibawa Melawat Sambil Belajar ke Kuala Lumpur dan juga akan mengikuti Kem Motivasi Pembelajaran bertujuan meningkatkan semangat dan membuka minda mereka.

Selasa 5hb Mac 2024 Lawatan ke Petrosains, KLCC (pengenalan industri petroleum; pelbagai mencapaian sains dalam pelbagai teknoloji dan penerokaan angkasa) Persinggahan di Masjid Putra, Putrajaya Lawatan ke Istana Kehakiman, Putrajaya (Taklimat mengenai Sistem Kehakiman & Perundangan bertempat di Mahkamah Terbuka & Lawatan ke Bilik Lokap; ke Perpustakaan; ke Muzium Kehakiman Lawatan ke Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya (Sejarah & latar belakang PICC; lawatan ke Dewan Perdana, Dewan Putra A, Head of States Hall, Viewing Deck, Plenary Hall)

Rabu 6hb Mac 2024 Lawatan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sg Besi (Taklimat mengenai kursuskursus yang ditawarkan di UPNM; perbezaan cadet dan bukan cadet; ke Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim; ke Makmal Anatomi & Muzium Perubatan, FPKP) Membeli Peralatan Persekolahan di MYDIN, SUBANG Makan Malam Bersama Penaja di KARANGKRAF MALL.

Khamis 7hb Mac 2024 Lawatan ke Systematic Aviation Services (SAS), Subang (latar belakang SAS dan apa yang ditawarkan) Lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam(proses cetakan dan manuscript; siaran berita dll)

Jumaat 8hb Mac 2024 Bergerak Ke Janda Baik, Pahang. Singgah Santai dan Majlis Penutup di ‘THE LEMUNI’, Lot 9756 Kg Chemperoh, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang dan seterusnya berangkat Pulang ke Besu

LAPORAN AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti Yang Diikuti Pelbagai lawatan diatur semasa program lawatan ini dan setiap tempat yang dilawati juga menyediakan perbagai aturcara yang bersesuaian dengan sektor masing-masing.

Laporan Lawatan ke KL Program SAS16 Disediakan pada Mac 21 2024 - RR

Isnin 4hb Mac 2024 Berlepas Kuala Lumpur. Tiba di Tempat Penginapan di Asrama Sek Men Agama KL, Bandar Menjalara. Sesi ‘Ice-breaking’ & Ceramah Motivasi dikendalikan oleh En Nawawi Abdullah AJK TMESA

TMESA PROGRAM SAS™ KE 16 (2023/24) Mengikut maklumbalas dari pihak sekolah, masih ramai lagi para pelajar yang datang dari keluarga miskin yang perlukan bantuan. Ini selaras dengan pengalaman pihak TMESA sendiri dimana kami menerima 300 permohonan setiap tahun, dari sini kami pilih 150 untuk ditemuduga dan akhirnya memilih 70 orang pelajar sahaja sedangkan masih ada yang memerlukan bantuan.

Selaras dengan matlamat Persatuan kami untuk membantu para pelajar miskin, TMESA meneruskan Program “Sponsor-A-Student” atau SASTM. pada tahun 2023, Program SASTM 2023/24 merupakan program ke Enam Belas (16).

Kami berjaya mencari dermawan-dermawan yang bermurah-hati menaja 70 pelajar dari 11 buah sekolah menengah dari daerah Besut dengan anggaran tajaan sebanyak RM105,000. Ini mencukupi untuk menaja 70 pelajar selama 2 tahun. Sesi temuduga telah pun selesai dan jawatankuasa telah pun membuat pemilihan pelajar-pelajar yang berjaya.