Tan Sri Dato' Seri Idris bin Jusoh (lahir 15 November 1955) merupakan Pengerusi Felda yang telah dilantik pada 1 Mei 2020.
Beliau juga merupakan mantan Menteri Pendidikan Tinggi dari tahun 2015 hingga 2018, mantan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013 sehingga 28 Julai 2015.
Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu dari tahun 2004 hingga 2008,Timbalan Menteri Usahawan dari tahun 1995 hingga 1999.
Tan Sri Dato' Seri Idris bin Jusoh
Prof Datuk Haji Muhammad Nasir Hamzah
Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dilantik sebagai Profesor Adjung, Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM). Ybhg Datuk juga merupakan Pengerusi TMESA.
Pelantikan berkenaan secara rasmi berkuat kuasa bermula 16 Oktober 2023 hingga 15 Oktober 2025.
Muhammad Nasir yang juga bekas Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf berkata, pelantikan itu juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan kerjasama antara UPNM dan Kumpulan Karangkraf.
TOKOH LEPASAN
SMK & SK TENGKU MAHMUD, BESUT, TERENGGANU.
Jeneral Tan Sri Rodzali Daud
Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, yang mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia sejak 1973 akan bercuti mulai Sabtu ini sebelum bersara pada 12 Mac 2015.menamatkan perkhidmatan sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke-16.
Kini beliau menjadi Pengerusi Destini Berhad sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian integrasi kejuruteraan yang fokus kepada industri penerbangan, pelayaran dan sektor tenaga.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pointray Malaysia Sdn Bhd yang fokus kepada pengeluaran perabot berkualiti antarabangsa dan bonda kepada artis popular Ummi Nazeera