SMK Tengku Mahmud telah ditubuhkan pada tahun 1954, merupakan sebuah sekolah Premier dan sekolah Kluster di Daerah Besut.

Terletak di sebuah pekan iaitu Alor Lintang, yang amat mudah dihubungi oleh semua jenis pengangkutan. Keluasan kawasan sekolah adalah sekitar 40.25 ekar, berhampiran dengan sebuah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah lain serta sebuah sekolah pendidikan khas. Selain itu terdapat sebuah Pusat Kegiatan Guru yang dikenali sebagai PKG Raja bersebelahan pagar sekolah.

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1954 dan dinamakan sebagai Besut Government English School. Pengetua pertama ialah Cik Fatimah Ahmad. Pada masa ini, bilangan staf hanya 3 orang dan bilangan pelajar adalah 40 orang.

Mulai bulan Ogos 1954, sekolah ini mula menggunakan bangunan sendiri dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Nasiruddin Shah yang diiringi oleh Di-Pertuan Muda, Tengku Mahmud pada 14 Ogos 1954. Bersempena nama Yang Di-Pertuan Muda inilah sekolah ini diberi nama baru iaitu Tengku Mahmood School (TMS).

Pada tahun 1965, TMS telah dipecahkan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah dikenali sebagai SK Tengku Mahmud manakala sekolah menengah ialah SMK Nasiruddin Shah. Nama sekolah ini pula telah ditukarkan kepada SMK Tengku Mahmud dan kekal hingga sekarang.

Pada 9 September 2004 sambutan Jubli Emas SMKTM telah disambut dengan penuh gilang gemilang dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh (Menteri Besar Terengganu.

SUMBER: SMKTM.blogspot.com

SEJARAH PERKEMBANGAN

Perkembangan Fizikal (bangunan)

1954 - Bangunan pertama siap. Bangunan kayu terdiri dari tiga bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat.

1957 - Dua buah blok Sekolah Menengah siap dibina. (BLOK A & BLOK B).

1960 - Bangunan untuk Sekolah Menengah (BLOK E) dan Asrama Putera siap dibina.

1961- Bangunan Makmal Sains siap dibina (BLOK H).

1963 - Bangunan 2 tingakat untuk bilik darjah dan pejabat siap dibina (BLOK G).

1967 - Bangunan tambahan 2 tingkat siap dibina untuk bilik Masakan dan jahitan dan beberapa buah kelas (BLOK J).

1979 - Bangunan 2 tingkat untuk Makmal Sains Tulin dan Perpustakaan siap dibina (BLOK D).

1987 - Surai siap dibina.

1989 - Bangunan KBSM siap dibina (BLOK J)

1990 - Dewan terbuka siap dibina.

1991 - Bangunan baru 3 tingkat siap dibina (BLOK P)

1992 - Pondok jaga siap dibina.

1993 - Balai Serbaguna siap dibina. Balai ini merupakan sumbangan Dato' Dr. Yusof bin Mohd Noor.

1994 - Bangunan Dewan Fatimah siap dibina.
- Mercu tanda Sambutan 40 tahun siap dibina sempena sambutan 40 tahun SMKTM.

1996 - Perletakan batu asas masjid SMK Tengku Mahmud disempurnakan oleh Tuan Guru Ustaz Haji Ismail Haji Abdullah pada 9 Januari 1996.

1997 - Masjid baru SMK Tengku Mahmud siap sepenuhnya. Acara naik masjid disempurnakan oleh Ustaz Haji Abdul Rahman pada 19 Oktober 1997.

1999 - Bangunan tambahan baru tingkatan satu dan dua siap dibina memuatkan 3 kelas.

2000 - Kantin baru SMKTM yang menelan belanja RM 80 ribu siap dibina dengan kantin yang lebih luas dan selesa bagi menggantikan kantin lama yang amat kecil dan lebih berbentuk tuck shop.

SEJARAH PERKEMBANGAN SMTM

Sekolah Menengah Tengku Mahmud atau ringkasnya SMTM telah diasaskan dalam tahun 1954. Ia adalah hasil daripada desakan penduduk-penduduk Besut yang inginkan pendidikan Inggeris bagi anak-anak mereka.

Dalam tahun 1953, beberapa orang wakil penduduk daerah Besut telah menemui pegawai pentadbir Besut, Encik Abdul Rahman bin Mat bagi membincangkan hasrat mereka untuk membina sebuah sekolah Inggeris.

Satu kempen memungut derma untuk pembinaan sekolah dilancarkan. Salah seorang daripada wakil, Allahyarham Dato' Bentara Luar, Encik Ismail bin Yusof (JP) berjaya mendapatkan sebidang tanah di kampung Alor Lintang.

Encik Abdul Rahman pula berusaha untuk mendapatkan kebenaran dan peruntukan dari pihak atasan. Segala usaha membuahkan hasil dan pada 9 Januari 1954 terasaslah Sekolah Menengah Tengku Mahmud.

Seramai 40 orang murid dipilih untuk memasuki darjah satu. Cik Fatimah Ahmad, seorang guru lepasan Maktab Perguruan Kirby, England dilantik menjadi guru besar pertama. Beliau dibantu oleh seorang guru penolong, Cik Faridah Akmal bt. Abdul Rani dan seorang tukang kebun.

Pada mulanya murid-murid SMTM menumpang di Sekolah Pertukangan Besut dan hanya dalam bulan Ogos 1955 barulah siap sebuah bangunan kayu yang mengandungi tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat kecil.

Pada 14 Ogos 1954, upacara pembukaan rasmi Sekolah Menengah Tengku Mahmud dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sultan diiringi oleh Yang Dipertuan Muda, Tengku Mahmud. Turut hadir dalam perasmian tersebut ialah Tuan Pegawai Pelajaran Negeri Terengganu, Mr. A. Halliday, Pegawai Daerah Besut, M.I.M. Edye, pembesar-pembesar negeri dan juga ibu bapa.

Bersempena upacara ini, nama sekolah telah diubah dari 'Besut Government English School kepada Sekolah Menengah Tengku Mahmud sempena nama peribadi Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda ketika itu.

Kelahiran Sekolah Menengah Tengku Mahmud bukan sahaja merupakan sekolah Inggeris pertama tetapi juga sebagai anak tangga pertama ke arah pendidikan peringkat menengah di daerah Besut.

PERISTIWA BERSEJARAH 1954-1999

9 Jan 1954 - Sekolah Tengku Mahmud dibuka.

14 Ogos 1954 - Pembukaan rasmi Sekolah Tengku Mahmud oleh DYMM Sultan Terengganu, Sutan Ismail Nasiruddin Shah.

3 Ogos 1954 - Perasmian bangunan kekal BLOK A dan BLOK B oleh Raja Muda Terengganu, iaitu Tengku Mahmud.

1958 - "FORM ONE" dimulakan dan ini telah mengubah taraf sekolah daripada Sekolah Rendah Inggeris kepada sebuah Sekolah Menengah Inggeris.

3 Mac 1959 - Lawatan DYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Ampuan Besar ke Sekolah Tengku Mahmud.

20 Julai 1960 - Pembukaan rasmi bangunan tambahan (BLOK E) dan Asrama Putera.

- Sekolah menawarkan pencalonan pertama bagi peperiksaan "LOWER CERTIFICATE OF EDUCATION" (LCE)

14 Sept 1961 - Perasmian Makmal Sains pertama oleh DYMM Tuanku Al-Sultan.

- Pertukaran Guru Besar pertama Cik Fatimah Ahmad.

1962 - Encik T.N. Varughese mengambil alih sebagai guru besar kedua.

- Form V dimulakan dan buat pertama kali Sekolah menawarkan peperiksaan Oversea School Certificate dan Federation of Malaya Certificate of Education.

- Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang pertama diadakan. Penyampaian hadiah oleh Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda.

1965 - Pentadbiran sekolah dipecahkan kepada dua bahagian.

- Bahagian Menengah di bawah En. T.N. Varughese.

-Bahagian ke-2 iaitu bahagian Sekolah Rendah di bawah Mr. Lau Kuan Jin.

-Murid-murid aliran Melayu yang menumpang mulai 1963 berpindah ke sekolah sendiri, Sekolah Menengah Kebangsaan Besut yang kemudiannya menjadi Sekolah Nasiruddin Shah.

1972 - En. T.N. Varughese bertukar ke Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun dan tempat beliau diganti oleh En. Yusof Ngah, Guru Besar ke 3.

25 April 1981 - Perasmian bangunan tambahan Makmal Sains Tulen dan Perpustakaan oleh DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

1995 - SMKTM menjadi johan Pertandingan 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan) Peringkat Kebangsaan kategori Sekolah Dalam Bandar.

- Nur Sapinah Ngah, pelajar tingkatan 3SE2 mewakili Malaysia ke Pertandingan Hoki Asia di Singapura.

9 Jan 1996 -Perletakan batu asas masjid SMKTM dilakukan oleh Ustaz Haji Ismail HAji Abdullah.

-Nurul Kamimah Kamaruddin dipilih sebagai Duta Kecil Terengganu ke Amerika Syarikat.

-Mohd Shamsul Zamri mewakili Terengganu ke Jambori Asia Pasifik di Korea.

29 Julai1996 - Pasukan Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam SMKTM menyertai Perkhemahan Jambori Asia Pasifik di Bukit Keluang yang berakhir pada 8 Ogos.

19 Okt. 1997 - Naik masjid SMKTM disempurnakan oleh Ustaz Haji Abdul Rahman Haji Ibrahim.

1998 - Kali pertama SMKTM mendapat keputusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM.

1999 - Sekali lagi SMKTM mendapat keputusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM dengan pencapaian pelajar yang mendapat 5P dan 4P sebanyak 80 peratus lebih.
1984 - Pasukan Pancaragam Sekolah diwujudkan.

31 Dis 1985 - Pengetua ke 4, Wan Ismail Wan Ahmad yang bertugas mulai 1 Januari 1975 telah bertukar ke Sekolah Menengah Kubang Kerian, Kota Baru Kelantan.

- Tingkatan 6 Aliran Sains dimulakan.

-Koperasi SMTM ditubuhkan.

1987 - Mesyuarat Agong Koperasi SMTM kali pertama.

1988 - CAHAYA KEMAJUAN, MAJALAH SEKOLAH diterbitkan semula setelah diberhentikan selama 9 tahun.

14-15 Mei 1994 - Sambutan Ulang Tahun ke-40 SMKTM dan Seminar Usahawan Remaja Sekolah-sekolah Terengganu dengan dirasmikan oleh YB Menteri Perusahaan Utama Malaysia, Dato' Dr. Mohd Yusof bin Mohd Noor.