Tentang TMESA & Program SASTM Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Rendah & Menengah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu atau Tengku Mahmud Ex-Student Association (TMESA) telah ditubuhkan pada tahun 2003. Tengku Mahmud School (TMS), Besut, Terengganu yang ditubuhkan pada Januari 1954 ialah sekolah Bahasa Inggeris yang mengambil pelajar lelaki dan perempuan.

Objektif utama penubuhan TMESA ialah menjalin hubungan serta mengeratkan silaturrahim alumninya. Setelah 2 tahun penubuhannya, pada tahun 2005, TMESA mula mengarahkan aktivitinya kepada usaha kebajikan awam, selain meneruskan kegiatan biasa untuk ahli-ahlinya.

Aktiviti amal dan kebajikan TMESA memberi tumpuan khusus kepada bidang pendidikan. Kami yakin bahawa pendidikan adalah asas kepada pembangunan insan. Ilmu yang diserap kepada insan menjadi harta yang sangat berharga. Pelajaranlah yang boleh membantu mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi seseorang ke tahap yang lebih baik.

Program (Sponsor-A-Student) SASTM ini telah diadakan selama 16 kali. Kali pertama pada tahun 2005 dan semenjak itu telah diadakan setiap tahun hingga kali ke 15 pada tahun 2019.

Program ini terhenti semasa gejala covid-19 dan diteruskan pada tahun 2023 dengan program ke 16.

Walaupun TMESA ini ialah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud tetapi aktiviti SASTM ini melibatkan banyak sekolah-sekolah di Besut, bahkan juga termasuk sekolah-sekolah di Setiu dan Hulu Terengganu.

Tiada sekolah lain di Terengganu mahupun di Malaysia yang ada program saperti ini.